on Saturday, 27 August 2011



Assalamualaikum :D


*FUHHHHHHH

Ahhhh lama la tak jenguk nate ni. Bukan apa aku agak sibuk sikit sejak kerja cari nafkah untuk future wife and childrenssss (padahal pemalas nak mam*us nak update belog) XD. So balik kerja je membongkang, kerja dah la 6 hari seminggu so memang takda masa nak berbelog ni.  So merujuk kepada tajuk yang tertera di atas yang terang lagi benderang lagi bersuluh lagi berlampu,  kita hari ini topik kita adalah sukan dan rekreasi.

Apa jadah plak topik sukan pulak tiba-tiba bulan puasa ni? Tak puasa ke budak ni?

First of all Selamat berpuasa walaupun dah nak hujung-hujung ni, mesti semua sibuk nak pergi shopping raya last minit la, nak amik baju raya kat macik tukang jahit la nak buat kuih, lemang, mercun, ketupat, rendang, dodol blablabla, but sepatutnye hujung-hujung ni la kita lagi pulun habis ye dak? Kita tak tahu dapat ke dak kita jumpa lagi ngan Ramadhan tahun depan. Sedih siut :(

So pasal sukan ni, tiba-tiba aku timbul balik minat untuk main ragbi semula. Dulu masa kat matrik aku dah ada belajar main tapi main ragbi touch jela ada gak teringin nak main ragbi betol time matrik tu tapi depa nak main touch je .

Dekat matrik jugaklah aku belajar main basketball yakni bola keranjang. Dua-dua aku suka. But if I have to choose one I'd pick rugby. Sebab? Sebab ragbi kau dapat lari laju-laju dan kawasan dia luas so kau lari jelah puas-puas haha. Seriously man, there is nothing like the feel of running away from someone who wants to eat your face and getting away, memang superb!






Kalau nak compare ngan basket yang kawasan kecik kau perlu agile dan pandai positionkan diri time main, kalau tak memang tak dapat merasa la bola tu. Itu yang aku tak suka tentang basket dan dia macam kurang semangat berpasukan dan lebih kepada individu. 

Kalau tanya siapa Michael Jordan, Kobe Bryant, Gilbert Arenas mesti korang tahu kan? Tahu diorang team mana? Tahu teammate dia yang lain nama apa? Tak tahu kan? Yang tahu siapa diorang pun mungkin hanya segelintir je yang memang hardcore baller. Kalau tanya kenal tak New Zealand All Blacks? Kenal Australian Wallabies? Kenal la kot at least kenal All Blacks korang kenal dia as a team and not as an individual. Itu yang aku suka, it's a team sport.






Another reason why aku main basket is sebab ex-grilfriend aku. Dulu mase bercinta dulu la (kononnye) dia citer la ngan aku dia suka basketball so aku pun ngan naif dan lurus bendulnye siap beli kasut sukan baru lagi sebab nak blajar main basketball. Haa bangang kan? Tapi tak kisah sangat la sebab aku pun memang nak cuba bersukan time tu. And the funny part is when aku dah start main basket tiba-tiba budak tu kata dia suka skater pulak. Stylo kan? aku rase mcm bodoh gila time tu. Macam jadi bahan mainan ko tau? macam lalang ditiup angin. F*ck!



Jadi memang betullah

Fitnah terbesar bagi lelaki adalah wanita. Jika tidak kerana wanita, pasti setiap lelaki menjadi wali-wali Allah.
Sebab perempuan je macam-macam boleh berlaku, salah satu contohnya macam aku yang kat atas ni, memang pathetic gila. Ok kau jangan salah faham pulak, aku menulis ni bukan nak salahkan perempuan tapi dah memang macamtu, hurmmmmmmmmmmmmmmmmmmm macam mane aku nak ceritakan eh? Memang complicated bende, susah nak explain, ini jugak la salah satu reason untuk aku mengelak dari couple-couple, geli-geli ni. Allah s.w.t dah larang awal-awal dah tapi aku ni yang degil, bodoh, sombong pergi menggatal ngan perempuan, last-last ape dapat? Apa pon xde, dosa ade la menimbun-nimbun.

Okayyy so the conclusion agak-agak korang macamane eh? aku perlukan nasihat. Kalau tengok la kan basketball boleh pakai tights yang sampai bawah lutut tu so dapat la tutup aurat, tapi ragbi ni jarang pulak aku nampak orang pakai tights sampai bawah lutut tapi ada tu memang ada la kan, kalau peringkat tinggi tak tahu la macam mana peraturan dia. So yang mana pilihan yang bijak? Kalau aku pilih rugby pun bukan la aku terus nak tinggalkan basket, tidak sama sekali cuma aku perlu fokuskan kat salah satu je. Kalau nak fokus kat dedua memang lebam la aku, dah la next sem kene jadi fesei, silat lagi, renang lagi, memanah lagi =.='


P/s: Kemungkinan besar rugby kot. (untuk membantu menghilangkan memori cinta duka HAHAHAH bapak jiwang ayat. Geli!)

 Leave me a comment to let me know what you think :)