on Saturday, 21 January 2012



Assalamualaikum, kom  ape kombat, bat ape batman.

Pada malam yang hening ni, aku nak bercerita tentang trip klas (takde la klas sangat sebab budak lelaki je yang pergi) aku pergi Air Terjun Gabai. Trip ni kami pergi 16/12/12, yakni isnin lepas, bajet pergi hari biasa tak ramai orang la, memang tak ramai pun, ok la jugak. Plannye dari semester satu tahun 1 lagi kengkonon nak keluar holiday ramai-ramai pergi berjalan, plan tu terlaksana pun memang time semester satu, tapi tahun 2 la, korang jangan silap! trip untuk pergi gabai ni memang makan masa lebih kurang setahun nak plan haha! Masa plan memang bukan main berapi lagi la kan, nak pergi langkawi la, thailand la, singapore la, lastnye air terjun belakang UKM je haha. Ok la dari tak jadi langsung.

Ok, pagi tu gerak dalam pukul 8.30 dari UKM, pastu singgah beli roti ngan kaya kat 7eleven ngan singgah beli nasi lemak dekat ngan Faris Maju seksyen 15 bangi. Pastu ngan sorang pun tak tahu jalan kitorang gerak la ngan hanye berpandukan google map yang telah diprintkan. Pastu jalan punye jalan, nasiblah ade sorang member aku pakai blackberak blackberry,  usha sikit kat GPS rupanya dah terlajak. Patah la balik ke simpang nak masuk Broga Hill. Dari simpang nak ke Broga tu dah senang dah, straight je sampai la jumpa empangan Semenyih pastu dah dekat lagi jumpa Ma'ahad. Depan Ma'ahad tu ade tempat usang yang nampak cam bangsal, ade budak tu dengan yakinnya bersuara "Ni Ma'ahad lama kot?" lalu disambut dengan sapaan mesra  "Hotak kau! Itu reban ayam la!".

Sampai kat Gabai, ade entry punye bayaran, yelah zaman sekarang ni mane ade bende free kan? nak memberon kat toilet pon kene baya 3 kupang. Bayar jelah kat acik tu satu kepala singgit. Kat Gabai ni not bad la, sebab yang aku nampak kat entrance dia belah bawah tu kemudahan macam surau, tandas, kedai jajan yang overpriced semua ade. So aku suggest kalau ade yang nak pergi mungkin boleh pergi pagi boleh main air lama sikit hehe, so that nanti korang turun bawah lepas zuhur solat and then chalo. Kalau nak naik turun 2-3 kali pon boleh jugak, kalau ada keimanan yang kuat padu dan jitu untuk menapak.

Tempat untuk mandi pon ok laa, kalau korang family yang bawak anak-anak kecik boleh la duduk kat bawah, tempat dia cetek dan macam landai sikit, kalau yang berdarah muda, ranggi dan stylo, boleh la naik ke puncak tangga, tapi bagi kami yang macho dan gagah, sampai dah takde tangge pon kitorang gigih nak daki lagi, tapi takpe asalkan dapat tempat yang besstt :)

So kat sini aku akan sertakan a few gambar kami bermandi manda kat Gabai, 

PERHATIAN! UNTUK GADIS-GADIS, PIHAK EMPUNYA BLOG TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB SEKIRANYA ANDA JATUH HATI KEPADA JEJAKA-JEJAKA DIBAWAH.



Basyrun Halim dengan pose ala-ala cover majalah maskulin.
Aku tak bertanggungjawab atas kejatuhan hati korang haha.

Luqman Yumi dah lama tak jumpa air

Ameer Asyraf yang ni special import dari Korea Johor. Single lagi ni.

Ameer dapat dua gambar sebab dia Korea jarang senyum..

Ni pun hensem gak kan? haha
Ok dah ada gambar konfem ada kameramen kan? Gambar-gambar credits to Aminor Azri


P/s: Kepada semua yang nak pergi berpicnic ke air terjun, sungai etc, kalau nak bawa cawan ke pinggan ke   tolong la bawak yang disposable, polisterine ke ape, jangan spoilkan hari orang lain dengan buih sabun. Sekian terima kasih.

P/s/s : malas nak buat kaler-kaler :3