on Monday 31 October 2011






Assalamualaikum,

Whats up fellas. Lama doh tak update blog. Aku baru habis dengan sukem ni. Memang penat. Kucar-kacir study aku *cehh bajet mamat ni, macam la xde sukem nak study...pfft.

Haaa? What? Sukem? Natang ape Sukem tu? Sukem tu Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kalau budak UKM sendiri tak tahu Sukem tu ape memang bingai la kan. *Sebenarnye aku pun baru tahu hihihihii

So time Sukem ni boleh kata climax untuk sukan dalam UKM, memang time semua nak menunjukkan bakat yang terpendam mahupun tertonjol, manalah tahu kalau ade rezeki dapat main MASUM wakil universiti :D Dalam Sukem ni ada banyak gak la acara yang ditandingkan termasuk track and field and disertai 13 buah kolej kat UKM dan jugak NHO(Non-Hostel Organization).

Ada macam Jebat tak? :3
And aku wakil Kolej Aminuddin Baki (KAB) iaitu kolej kediaman yang paling hensem skali sebab ada aku! HAHA! So untuk Sukem tahun ni aku main 3 game je which is Silat olahraga, Lontar Peluru, dan Ragbi. Daripada 3 tu ade la satu dapat pingat :) untuk silat olahraga. Terharu gak la aku dapat pingat haha. Tak sia-sia la aku bersilat kat DECTAR lebih satu semester dah. Kenangan babe medal-medal ni mase study kat universiti. Lepas ni time kerja memang dah kurang la nak bersukan ni kan. Time kahwin nanti pulak dah ada sukan yang lain dah haha.

Honestly aku memang tak pernah main silat olahraga ni. Ini memang kali pertama aku masuk competition silat. Pada pendapat aku la  silat Olahraga ni lebih kepada sukan dan teknik macam taekwondo dan bukannye betul-betul combat atau tempur.

#Sila perhatikan dan berikan fokus kepada gambar sebelah, lelaki kacak berbengkung merah adalah saya :3

Time game pulak, dah la first time masuk competition, dengan nervousnye, dengan baru bangun tidonye haha, memang nampak sangat la aku lack dari segi teknik untuk silat olahraga ni, mungkin sebab utamanya, aku asal dari perguruan Gayong yang lebih kepada unsur tempur dan menggunakan teknik dan latihan yang lain. Tapi tak boleh gak nak jadikan tu sebagai alasan. Sebab aku malas tak turun training untuk silat olahraga yang pusat buat hahahah. Eh, penat kot dah ler buat hari kelas. Tapi yelah adat pertandingan la ada yang kalah dan ada yang menang. Tapi takpe, semua tu pengalaman.

#Untuk yang tak tahu, Silat olahraga dan Silat Gayong adalah berbeza :)


So, inilah hasilnya :)

Rasa macam nak pakai pergi kelas je medal ni hahaha!


P/s: Lepas game ni, 2-3 hari gak la kena solat duduk haha.


Leave me a comment about your experience :3

P/s: Untuk ragbi aku akan update kemudian and untuk lontar peluru macam takyah je haha.