on Saturday 5 November 2011





Assalamualaikum,

Kepada peminat-peminat sekalian saya ingin mengucapkan terima kasih, thank you, cher cher, syukran, kerana telah tetap menyokong saya dalam liku-liku kepopularan saya sepanjang zaman blogging ini.

Namun, di sini saya ada satu berita tergempar yang mungkin akan menghampakan kalian semua. Ingin saya memberi amaran sebelum saya memberi berita tergempar tersebut. Ingin saya tekankan di sini tidak perlu untuk anda semua berasa putus asa, kecewa tahap gaban mahupun frust menonggeng dan tertonggeng.

Berita tersebut ialah post tentang Ragbi terpaksa di tunda ke beberapa minggu akan datang atas sebab ketiadaan gambar. Bawak bertenang dan mengucap saya berjanji saya akan tetap menulis post tersebut jikalau mempunyai kelapangan dan kerajinan, sekian.



P/s: hehehehe jangan marah :)