on Thursday 12 April 2012
Assalamualaikum,

Maaflah kerana buat peminat semua tertunggu-tunggu dengan hasil karya terbaru gua. Tapi takpa gua janjikan entri yang mantap dan padu kali ni. Bukan apa, tapi lately dah kurang masa nak tulis aku  malas banyak kerja lain naik buat. Assignment, project, group work, onepiece, makan, tido, manga, makan, movie, tido, makan, tido, big bang theory, tido, nampak tak jadual aku yang sibuk ni? Hatta kerana demikianlah aku malas tak sempat nak mencurahkan karya-karya yang bernas dan kerna inilah selalunya ide-ideku hanya bersemadi di benak fikiran. Aku hanya mampu mengeluh.

Ah! kata hatiku....


Ok tak payah nak dewan bahasa sangat.


Orait! Jangan cepat sangat nak mengumpat aku kata ni entri tak senonoh hanya berdasarkan tajuk beliau, tak baik mengumpat, karang tak pasal ade yang kene sumpah jadi pelat kang! Nak jadi macam Man Laksa?


Hahahahahaha...



Ape gelak-gelak?







Ok tak gelak takpe...



The band - Porno Graffitti
 

Entri kali ni agak berbeza kut dengan apa yang aku tulis sebelum ni. Awal-awal aku habaq kat hang, aku ni sememangnya bukan pakar dalam bidang muzik, amatur pun jauh sekali. Yang aku tahu pasal muzik ni, kat mana nak download secara free je. Tak payah nak hippopotamus sangat nak cakap aku lanun.Jadi apa yang aku tulis kat sini adalah berdasarkan pendapat aku sendiri.


Tujuan entri "Muzik" ni diadakan adalah untuk berkongsi "taste" atau kecenderungan aku dalam muzik. Bukan apa, pada pendapat aku terlalu banyak sangat muzik yang bagus, yang lebih layak diberi perhatian daripada sesetengah muzik sekarang ni bieber, ke$sha, cyrus. Uhukkk uhukk, ehemmm... tersedak. Eh?! Aku bukan hater, tapi aku rasa ada yang lebih layak di tempat mereka. Kalau berminat nak baca silakan, nak kongsi minat kau kat sini pon boleh, kalau tak, angkat kaki boleh jalan.


Berbalik ke topik asal kita, Muzik. Kali ni aku nak kongsi pasal satu band dari Jepun, gelaran mereka adalah "Porno Graffitti". Ok, atas alasan apa nama yang diorang pilih gitu? Haha cerita pasal nama band ni, dulu aku pernah simpan lagu diorang dalam phone, masa tu tingkatan 4, abang aku pulak tengah usha-usha phone aku. Nampak je nama porno graffitti tu, mendapat la aku pandangan tajam, dia punya tajam rasa macam tembus je tengkorak aku, faham-faham jela dah nama pun macam tu kan. Tapi aku tak ada peluang nak explain kat abang aku. Aku agak dia faham kot. Mana mungkin file gitu keluar dalam file music ye dak?




Jadi, pesanan dari penaja, berhati- hati la dimana jua anda berada, ingat orang tersayang.





Lari jauh ni, 




Pornografitti, Extreme 1990



Back on track, nama "Porno Graffitti" ni dipetik dari nama salah satu album rockstar yang legend kat dunia ni, Extreme. Maybe korang lebih kenal lagu dia kut, "More than words" yang dah ramai artist cover. Tapi, pada pendapat aku lagu asal jugak yang best. Aku syak la, diorang petik nama ni sebab kemungkinan  besar lagu-lagu dalam album Pornografitti, Extreme ni telah memberikan impak kpd diorang.



Porno Graffitti - Melissa



Okay, band Porno Graffitti ni selalunya banyak buat lagu untuk soundtrack anime-anime Jepun. Untuk makhluk-makluk yang pernah tengok Full Metal Alchemist mesti tau lagu Melissa kan? Lagu tu awesome wehh. Kalau tak pernah dengar, sila dengar kat atas ni. Tu antara lagu dia yang hit kat jepun. Lagi satu is lagu soundtrack untuk GTO(Great Teacher Onizuka) - Hitori No Yoru.



Album - Best Red's


Kalau korang nak dengar antara lagu diorang yang best, aku cadangkan korang dengar album Best Red's. Serius, sebenarnya semua lagu dalam album ni boleh dengar dan not bad la,  tapi untuk personal choice aku akan pilih lagu  Music Hour, Lack, Shiawase ni Tsuite Honki dashite Kangaetemita , Mugen, Films.



Okay itu saja kut untuk entri Porno Grafitti ni. Kalau kau nak tahu lebih lanjut tentang artis ni, nak tahu nama, umur, tarikh ditubuhkan, genre, asal, hobi, makanan kegemaran,  silalah gunakan khidmat google.



Porno Graffitti - Hitori No Yoru (GTO Soundtrack)





P/s: Bergantung kepada kerajinan InsyaAllah akan ada lagi entri "Muzik" :)